Nana Dunia Kehamilan

19 Oct 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.. πŸ™‚

Gila meroyan boleh berlaku kepada mana-mana ibu yang baru bersalin. Jika tidak di rawat dengan segera, ia boleh berlarutan seumur hidup. Jangan terkejut, kalau kita di kejutkan dengan berita seorang ibu membaling bayi yang baru lahir dari apartment yang setinggi 20 tingkat.

Seorang ibu yang sihat dan normal, sudah pasti tidak ingin mencederakan bayi mereka. Tetapi, jika si ibu di serang penyakit gila meroyan, dia akan merasakan kehadiran bayi boleh memberi bahaya kepada dirinya, sehingga dia sanggup mencederakan bayi.

Sanggup ke anda nak tinggal bersama isteri yang gila? Sebagai seorang suami, peranan anda dalam membantu mencegah isteri dari penyakit gila meroyan adalah sangat penting.

Penjagaan si ibu semasa berpantang adalah sangat penting, dalam mencegah perkara ini berlaku.




Apakah yang menyebabkan si ibu boleh meroyan?

> Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu atau kemurungan semasa kehamilan
> Suami yang kurang menyokong atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan
> Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan anda
> Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu
> Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat
> Mendapati sukar untuk menyusu badan
> Ingatan-ingatan sedih yang melanda seperti kematian salah seorang daripada ibubapa anda semasa anda masih kecil

Apa pula peranan suami ketika isteri menjalani tempoh berpantang?

Bagi suami yang baru pertama kali menerima kehadiran anak, tentu sahaja agak kalut dalam menghadapi situasi isteri berpantang. Justeru itu, buatlah persediaan dengan bertanyakan pengalaman orang lain ataupun membaca maklumat yang ibu berpantang perlukan. Ini secara tidak langsung, dapat memberi idea kepada suami, bagaimana nak membantu isteri semasa berpantang.

Untuk makluman, keadaan isteri selepas bersalin adalah tersangat lemah fizikal dan mentalnya. Bayangkan proses melahirkan anak, memerlukan dia mengeluarkan semua tenaga yang ada, bahkan begitu banyak urat yang terputus semasa bersalin. Sudah tentulah, keletihan yang di lalui selepas itu sangat berganda.

Bahkan wanita selepas bersalin terkenal mempunyai hormon post partum blues atau bahasa mudahnya ialah masalah meroyan. Jika menghadapi tekanan atau kurang mendapat sokongan dari suami dan keluarga, maka mudahlah wanita di serang masalah meroyan selepas bersalin.

Kesakitan yang dialami selepas bersalin, tidak kira bersalin normal ataupun secara pembedahan, membuatkan si ibu merasa tidak selesa semasa berpantang. Lebih-lebih lagi, dengan masalah kurang tidur, kerana bayi mudah meragam dan asyik menangis untuk menyusu.


Bagaimana cara suami membantu isteri agar tidak gila meroyan selepas bersalin?

1. Beri sokongan kepada isteri

Sebagai seorang suami, cubalah untuk mengambil cuti beberapa hari bagi membantu isteri dalam menguruskan anak-anak, terutamanya selepas isteri bersalin.

Jika mempunyai anak yang sudah besar, bantulah isteri yang sedang berpantang dengan memasak untuk anak-anak dan isteri, mencuci pakaian, mengemas rumah dan apa jua kerja di rumah yang selalu isteri lakukan semasa beliau sihat.

Persekitaran yang bersih dan kemas, sangat penting untuk isteri dan bayi. Jangan biarkan rumah tidak berkemas sampai berdebu, sebab debu sangat bahaya kepada bayi.


2. Bantu tukar lampin bayi

Berpantang adalah sangat penting bagi si ibu, agar ibu cepat sembuh dan sihat seperti biasa. Terdapat sesetengah ibu yang berpantang, mereka sangat tidak larat untuk terlalu kerap menukar lampin si bayi serta memberi mandi si bayi.

Di sinilah, peranan suami sangat penting. Jika si bayi perlu mandi atau di tukar lampin, lakukanlah ia segera. Jangan tunggu isteri suruh baru nak buat.

Bila suami memberi perhatian kepada si bayi, lebih-lebih lagi semasa isteri dalam keadaan masih lemah, ia membuatkan isteri akan rasa lebih di sayangi dan di hargai oleh si suami. Menjaga emosi isteri semasa isteri memerlukan dalam berpantang, dapat membantu mencegah isteri dari terkena penyakit gila meroyan.

3. Bantu isteri dalam menyediakan keperluan semasa berpantang

Semasa berpantang, si ibu sangat di galakkan untuk mandi dengan air suam. Kalau ada herba, sebaiknya, campurlah herba tersebut di dalam air mandian untuk si ibu.

Di sini, peranan suami dalam menyediakan keperluan si isteri untuk mandi, sangat membantu. Mandi dengan air rebusan herba, dapat membantu memberikan kesegaran kepada si ibu.

Bahkan, suami juga boleh menyediakan apa jua yang isteri perlukan semasa sedang baring atau duduk semasa berpantang. Ia dapat mengelak si isteri dari terlalu banyak bergerak, yang mungkin sahaja boleh mengundang bahaya kepada si ibu.

Sediakanlah bahan bacaan yang isteri suka, air minuman, tuala atau apa jua yang isteri mungkin perlukan, dan letak ia berhampiran dengan tempat isteri berbaring.

4. Cari tukang urut untuk isteri

Pada zaman moden seperti hari ini, mencari tukang urut yang boleh mengurut ibu-ibu berpantang, mungkin lebih sukar, berbanding zaman dulu. Ini kerana, kebanyakkan ibu-ibu bersalin di hospital dan kepakaran bidan kampung semakin berkurang.

Mengurut semasa berpantang, sangat membantu agar peranakan si ibu dapat kembali kepada kedudukan asal dengan lebih cepat. Ia juga membantu untuk membuang angin dari badan si ibu semasa berpantang.

5. Jangan mengeluh di hadapan isteri

Walaupun anda berasa penat sebab menguruskan anak-anak, rumah dan isteri yang sedang berpantang, janganlah mengeluh penat di hadapan isteri. Bila anda mengeluh, secara tidak langsung, ia boleh membuatkan si isteri rasa bahawa ia telah menjadi beban kepada anda.

Reaksi suami yang mengeluh kerana letih, lesu di hadapan isteri, akan membuatkan isteri berasa sedih dan ia boleh mengundang kepada kemurungan yang berlarutan sehingga menjadi gila meroyan.

Ingatlah, menjaga isteri tidak kira isteri sihat atau sedang sakit, adalah tanggungjawab anda sebagai suami.

6. Belikan persediaan yang isteri akan perlukan semasa berpantang

Membuat persediaan awal, seperti membelikan set berpantang yang isteri perlukan semasa berpantang nanti, bolehlah di beli semasa isteri masih sedang hamil.

Jika tidak tahu apa orang berpantang perlukan, mintalah isteri tuliskan senarai yang di perlukan. Persediaan ini boleh di buat seawal kandungan isteri ketika trimester kedua.

Ini kerana, terdapat juga ibu hamil yang bersalin seawal kandungan 33 minggu. Dengan membuat persediaan awal, anda tidak perlu kelam kabut untuk mencari apa jua yang isteri perlukan semasa berpantang.

7. Bagi semangat kepada isteri

Jika suami perlu bekerja semasa isteri berpantang, janganlah terlalu berat untuk call isteri atau hantar sms kepada isteri.

Janganlah sms atau call isteri, untuk bercakap benda yang serius dan kemudian cuma nak bertanya keadaan bayi. Bila suami cuma bertanyakan khabar anak, ia boleh membuat isteri rasa terkilan dan rasa diri tersisih, sebab tidak di pedulikan oleh suami.

Apa salahnya untuk bertanyakan keadaan isteri. Tanyalah, bagaimana dengan luka jahitan isteri, dah sembuh ke, dah elok ke atau menjadi teruk ke. Buatlah gurauan kepada isteri, bagi menghiburkan hati isteri.

Ingatlah, isteri merupakan kekuatan suami. Dan begitu juga isteri. Suami adalah kekuatan isteri.

8. Ikhlaskan diri dalam menjaga isteri berpantang

Ingatlah, isteri dan anak-anak, adalah amanah kepada seorang suami. Apa salahnya, anda memanjakan isteri anda, sepanjang dia berpantang 40 hari, 60 hari atau 100 hari. Sedangkan sebelum ini, dia melayan anda dengan penuh kasih sayang dan memanjakan anda sepanjang 365 hari.

Inilah masanya, anda buktikan rasa kasih sayang dan cinta anda kepada isteri anda. πŸ™‚


Apakah Tanda Isteri Anda Sedang Mengalami Meroyan?


> Keletihan yang melampau
> Mood yang sentiasa berubah setiap masa
> Berasa sedih, marah dalam masa yang sama
> Tidak cukup tidur
> Perasaan putus asa
> Bersalah
> Amat letih
> Muram
> Sering menangis
> Sunyi
> Gelisah
> Terperangkap

Semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu. Tapi, jika si ibu merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda, walaupun masa terus berlalu, si ibu mungkin menghidap meroyan atau kemurungan posnatum.

Lazimnya, ia berlaku apabila umur bayi antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas bayi di lahirkan. Sebelum itu, si ibu berasa amat gembira menjaga bayi yang baru di lahirkan, kemudian menyedari kemurungan datang secara perlahan-lahan. Jika si ibu mengalami kemurungan semasa hamil, kehadiran bayi mungkin tidak dapat membantu meringankan kemurungan si ibu.


Jemput follow dan add admin ye :

4 Oct 2016

Ibu Bapa WAJIB buat! Cara 'BLOCK' video youtube yang tak patut di tonton anak.




“Eeeiii, video apa yang kamu tengok tu nak… Ish, sekali pandang macam video kanak-kanak. Tapi rupanya ada udang di sebalik batu. Tak boleh jadi. Kena cari cara block Youtube macam ni. Merosakkan akhlak!” Dalam menyusuri arus kemodenan teknologi masa kini, semua maklumat berada di hujung jari sahaja. Hanya dengan satu klik, apa sahaja maklumat yang ingin dicari pasti berjaya diperolehi. Ya, apa sahaja maklumat. Ianya termasuklah maklumat dalam bentuk penulisan, gambar, video, siaran langsung atau ulangan rancangan televisyen, dan bermacam-macam lagi. Mudah sungguh zaman sekarang, bukan? Salah satu laman web yang cukup popular tidak kira di kalangan kita sebagai ibu bapa atau anak-anak adalah laman Youtube.




LAMAN YOUTUBE ADA BAIK BURUKNYA

Tidak menjadi masalah sekiranya video-video yang baik seperti lagu nasyid, eksperimen sains, ‘educational video’ dan sebagainya ditonton oleh anak-anak dalam proses pembelajaran mereka. Ini kerana, video-video sebegini dapat membantu mereka untuk lebih memahami tentang sesuatu perkara yang dipelajari. Walau bagaimanapun, tidak semua video dalam laman Youtube bermanfaat buat kita semua. Terdapat lambakan video yang tidak berfaedah yang mana ianya tidak patut ditonton oleh anak-anak kerana boleh mendatangkan kesan negatif kepada mereka. Lihat sahaja gambar di bawah ini sebagai bukti!



'BLOCK' VIDEO YANG TAK PATUT DI TONTON!

Mungkin anak-anak yang naif ini tidak berniat untuk menonton video-video tersebut. Tetapi, sekiranya laman Youtube berada dalam mode ‘autoplay on’, adalah tidak mustahil untuk video-video sebegitu dipaparkan secara automatik selepas video yang ditonton oleh mereka. Kita tidak seharusnya memandang enteng terhadap perkara-perkara sebegini. Ianya bukan sesuatu yang remeh kerana boleh menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral di kalangan anak-anak serta masyarakat masa kini. Bagi mengelakkan anak-anak daripada menonton video yang tidak bermoral sebegini, ibu bapa perlu aplikasikan cara block Youtube pada gajet-gajet yang digunakan sama ada di komputer peribadi, laptop, tablet mahu pun ‘smart phone’. Berikut merupakan 2 kaedah bagi melaksanakan perkara ini untuk diikuti langkah demi langkah. Setiap satu kaedah diterangkan langkah yang berbeza untuk gajet-gajet tertentu.



KAEDAH 1 : ‘SWITCH ON’ RESTRICTED MODE

Penetapan ‘Restricted mode’ boleh didapati dalam laman Youtube sama ada dengan menggunakan komputer peribadi, laptop, tablet mahu pun ‘smart phone’ anda.

I) KAEDAH UNTUK KOMPUTER PERIBADI, LAPTOP, ATAU TABLET

Langkah 1 : Buka laman web www.youtube.com.

Langkah 2 : ‘Scroll’ sehingga bahagian bawah sekali sehingga kelihatan pilihan ‘Restricted Mode’ dan klik perkataan ‘Restricted Mode’ tersebut.



Langkah 3 : Sejurus selepas itu, akan kelihatan dua butang untuk pilihan ‘On’ dan ‘Off’. Klik butang sebelum perkataan ‘On’ dan klik ‘Save’.




Kini, laman Youtube anda berada dalam keadaan ‘Restricted Mode : On’. Walau bagaimanapun, sesiapa jua boleh menukar kembali penetapan ‘Restricted Mode’ ini melainkan anda ‘lock’ kaedah ini dengan menggunakan akaun Youtube anda sendiri iaitu anda perlu ‘Sign in’ dan seterusnya lakukan langkah 1 & 2. II) KAEDAH UNTUK ‘SMART PHONE’ Langkah 1 : Buka aplikasi Youtube. Langkah 2 : Klik tiga titik di bahagian atas kanan aplikasi Youtube anda. Kemudian klik ‘Settings’.



Langkah 3 : Klik ‘General’. Anda dapat lihat bahawa ‘Restricted Mode’ berada dalam keadaan ‘off’. Hanya perlu klik ‘on’ dan laman Youtube dalam ‘smart phone’ anda kini berada dalam keadaan ‘Restricted Mode : On’.



KAEDAH 2: CARA BLOCK YOUTUBE PADA VIDEO TERTENTU Walaupun ‘Restricted Mode’ pada Youtube telah ditetapkan dalam mode ‘on’, namun masih lagi terdapat video-video yang tidak sepatutnya ditonton terpampang di senarai video atau dimainkan secara automatik melalui mode ’autoplay on’. Maka, ibu bapa perlu mengikuti langkah-langkah berikut dan ‘block’ video tersebut mengikut ‘channel’ satu demi satu. Cara ‘block’ Youtube ini dikongsikan oleh Puan Najihah Nazarudin melalui laman Facebook peribadinya. I) KAEDAH UNTUK KOMPUTER PERIBADI, LAPTOP, ATAU TABLET Langkah 1 : Buka laman Google Chrome menggunakan ‘browser’ Chrome. Langkah 2 : Cari ‘video blocker’ dan klik pada pilihan pertama dalam senarai.



Langkah 3 : Klik ‘Add to chrome’ dan aplikasi ini akan dimasukkan ke ‘browser’ Chrome anda



Apabila kelihatan simbol palang merah di bahagian atas kanan, ini bermakna aplikasi ‘Video Blocker’ telah dimasukkan ke ‘browser’ Chrome anda.



Langkah 4 : Pergi ke laman Youtube dan cari sebarang kata kunci video yang ingin di ‘block’. Apabila telah keluar senarai video tersebut, klik kanan pada tajuk video dan klik ‘Block videos from this channel’.



Dengan ini, semua video yang dimuatnaik oleh ‘channel’ tersebut akan di‘block’ secara automatik. Anda perlu lakukan langkah ini satu persatu bagi video-video daripada ‘channel’ yang lain pula. Apabila anda klik pada simbol ‘Video blocker’, akan muncul senarai ‘channel’ yang telah di‘block’ sebentar tadi. Tetapi apabila anda mencari kata kunci lain, masih banyak lagi video yang belum di‘block’ daripada ‘channel’ lain.



Mungkin juga terdapat video-video lain lagi yang masih belum di‘block’ dan hanya akan kelihatan dalam senarai di bahagian kanan apabila anda klik pada video berkenaan.




Maka, anda perlu lakukan langkah seterusnya ini untuk ‘block’ video-video tersebut. Langkah 5 : Klik simbol ‘Video Blocker’ di bahagian atas kanan.




Langkah 6 : Klik ‘Add’. Masukkan nama ‘channel’ ke dalam ruang yang disediakan dan klik simbol ‘+’. (Nama ‘channel’ terdapat di bahagian bawah video – Contoh : ‘Superhero Fun Factory’)




Ulang langkah 6 dan 7 ini sehingga kesemua video yang tidak dikehendaki di‘block’ oleh anda.

II) KAEDAH MENGGUNAKAN ‘SMART PHONE’ Sekiranya anda menggunakan ‘smart phone’ untuk membenarkan anak anda menonton video, anda perlu ‘uninstall’ aplikasi Youtube daripada ‘smart phone’ anda. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak berjaya atau tidak mahu ‘uninstall’ aplikasi Youtube ini, disarankan agar anda ‘hide’ aplikasi tersebut dan gantikan dengan alternatif lain. ALTERNATIF 1 : KIDS YOUTUZE PARENTAL CONTROL Melalui aplikasi ini, ibu bapa boleh memilih sendiri beberapa ‘channel’ yang sesuai untuk ditonton oleh anak. Dengan cara ini, video yang tidak sepatutnya ditonton oleh mereka tidak akan keluar lagi sama ada melalui mode ‘auto play‘ mahu pun senarai video-video yang ada.



ALTERNATIF 2 : MOBILE FENCE PARENTAL CONTROL Melalui aplikasi ini pula, ibu bapa bukan sahaja boleh ‘block’ laman web yang tidak bersesuaian untuk anak-anak malah boleh mengawal tempoh masa untuk mereka mengakses media sosial atau bermain ‘game’ menggunakan gajet tersebut dengan kaedah penetapan ‘timer’. Selain itu, ibu bapa juga boleh memeriksa lokasi anak pada bila-bila masa.



KAWAL PENGGUNAAN GAJET ANAK Membenarkan anak menggunakan atau memiliki gajet adalah pilihan masing-masing. Sekiranya kita memberi kebenaran kepada mereka untuk menggunakan atau memilikinya, kita sebagai ibu bapa mempunyai kuasa untuk mengawal penggunaan gajet tersebut. Sekadar mengaplikasikan cara ‘block’ Youtube ini sahaja mungkin tidak memadai. Pantau juga anak dari segi video yang ditonton, gambar yang dilihat serta maklumat yang diakses oleh mereka. Usah biarkan mereka hanyut dalam kebebasan dunia tanpa sempadan ini. Beri perhatian serius dalam setiap hal yang melibatkan anak termasuklah dari aspek penggunaan gajet ini. Jangan apabila nasi sudah menjadi bubur serta berlaku perkara yang tidak diingini, barulah kita menyesali kebebasan yang diberikan kepada anak-anak. Semoga kita semua sentiasa dihindari daripada perkara-perkara negatif yang boleh memudaratkan kita dan masyarakat.


Credit : Siraplimau.com

Dunia Kehamilan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign